hey it's Labour Day, meaning.
a Global-no-work day (for 85%) people in the world. including me, yay!
means, no work for ID today. no no.
ID means = Interface Design.
Interface Design = my Major in FCM
FCM = Faculty of Creative Multimedia @ MMU.
(BM pulak)
kalau tengok kalendar, ada lg 2 minggu untuk semester ni tamat. dan ada 4 minggu lg untuk portfolio show. voilah! mmg best.
semua benda adalah baik skrg, yg tak baik nya, kena keluarkan idea baru untuk gadget ID. (di-luar-kotak) kata Encik Khong. waduh.
takpa, janji tak kena bar, dan ada harapan untuk pass sem ni.
habis sem ni, ada lg 7 subjek universiti untuk diambil. (tsk patut 6)
Cyberpreneurship (baru drop haritu), Islamic Studies, Co-curiculum, BHM, MCI Internet Application, Media Aesthetic dan satu subjek minor ID.
(sapa2 yg nak join aku nxt2 sem, mari habiskan!)
cerita universiti tamat.
-------------------------------------------------------------------
sekarang nak cerita pasal muzik pulak.
oh, esok (2may), aku akan bertolak ke ipoh bersama band ku Hello, is this the band? (or well known as Hello!) untuk bermain satu lagi show besar tahun ini, A Core Festival 3 , dibawakan oleh Glendora Records. Banyak band ban dhebat mcm Love Me Butch, Incarnation, Love As Arson and many more. Aku rasa Hello! saja band yg lembut dan tak jerit kat festival ni.


daripada informasi yg aku terima, show ni dilangsungkan di Dewan Sekolah Cina Yuk Choy, Ipoh. dua stage akan dibuat, satu dalam dewan, satu kat belakang. mesti best punya lah.
Tapi untuk budak "inDIE", festival ni takda band "indie", tapi kalau korang paham ape tu "indie" bole la datang jugak. (ipoh kan power inDIE ni).
------------
Sebut pasal "INDIE", aku nak cerita sikit pasal INDIE ni.
(aku tulis mengikut pandangan dan pendapat aku sendiri)
kalau ikut term in Wikipedia ,
In popular music, independent music, often abbreviated as indie, is a term used to describe independence from major commercial record labels and an autonomous, do-it-yourself approach to recording and publishing.
so, dalam bahasa melayu nya, Indie ini adalah terma yg digunakan oleh industri muzik arus perdana (mainstream) ie; Siti Nurhaliza, M Nasir, Sony Music, ke atas industri muzik yg dijalankan sendiri, oleh artis/band itu sendiri. dari segi penulisan muzik, lirik, rakaman, distribusi dan penjualan.
jadi,
kanak-kanak sekalian. INDIE (muzik) bukan band2 yg keluar XfreshFM (XFM), atau band2 yg nyanyi lagu Melayu sahaja.
Band-band indie, adalah semua band yg korang nampak keluar kat flyers gig, shows, tak kira hardcore, metal, slow, melayu semua.
Band indie adalah band yg TIDAK terikat dengan MAJOR record label seperti Sony Music, MCA, FMC atau apa apa.
Band indie , takda spesifik genre muzik, takda spesifik bahasa, takda spesifik gaya pemakaian. NO NO NO.
So kepada KANAK-KANAK sekalian, tak perlulah bangga dengar XfreshFM tu hari hari, atau dengar band yang nyanyi lagu Melayu sahaja. pastu pakai baju "AKU BUDAK INDIE". tolonglah bukak internet, dan mula membaca sikit pasal muzik. (aku dulu2 pun tak seteruk hampa tau)
kepada BAND-BAND (yg telah dicopkan sebagai INDIE), tolonglah educate crowd hampa tu. ajar sikit apa itu music. Jangan sebab nak sellouts saja, daripada main lagu English, buat lagu melayu, BOOM! pastu buat lagi lagu Melayu, just to SELL. band needs money, i know. tapi korang adalah artis indie, takda orang kontrol korang. jgn jadi band yg hanya nak menjual, tapi takda seni.
---------------------------
Aku ada satu lagi benda nak cakap.
kepada band band yg baru, tolonglah belajar pasal muzik sikit.
aku tau hampa semua seronok buat band, nak main gig. nak tunjuk skill.
BOLEH BOLEH, TAPI tolong lah :
- tulis lagu yang proper sikit
- p record bagi sedap sikit
- buat 2 3 lagu demo, upload myspace, bagi orang dengar. so organizer boleh dengar dan invite korang nanti.
- jgn nak p sana sini, komen myspace organizer/label sana sini "ada SLOT gig tak, kiterang nak join"
tolong la tolong lah.
blajar PR skill sikit. jgn bikin malu
ni takda, baru buat band, upload 1 lagu (record guna handphone kat jamming), terus comments sana sini mintak SLOT (ingat mesin slot game kuda ke?)
buat lagu best2 sket, record sedap2, jgn kedekut duit, buat band PRESS KIT (kalau taktau tanya aku) , then email je ke organizer elok2. dari situ biar je diorang nak buat ape.
eh eh, aku luku kepala hampa ni satgi, benjoi ja.
lagi satu, kalau sapa-sapa nak buat band tu, tolong la bukak kamus, atau internet, cari nama best sket.
cukup2 la nama makanan, minuman, dan barang2 dlm rumah (takda band disebut disini d: )
susah sangat, masuk ni
http://www.1728.com/bandname.htmcontoh nama : Medieval Police (aku click random saja)
so, cukup untuk kelas harini.
***Disclaimer : aku takda masalah dengan mana2 band dalam Malaysia ni, so jgn nak saman aku.
p/s :
Cina Tokei Soundmaker: "Haiya, banyak panas oh, lu apa band? lu band **** aa?"
kami: "Eh tak tak, itu tgh main band ****, kami lain",
Cina: "oh, aku ingat kolang band ****, itu band manyak tak guna, aku invite main charity show, tak reply message terus"
kami : "hahahah"
LOL