Monday, October 01, 2007

kemaafan.


dear kamu.
aku mahu meminta maaf atas kesalahan ku
walaupun ku asek mengulanginya
aku tak bermaksud hendak melukai hati mu
tapi hati ini tiada siapa yang tahu
cuma aku minta satu di bulan yang mulia ini
maafkan aku semaaf hati mu
buangkan segala selisih
kita pernah berkawan satu ketika dulu
dan selalu bertukar cerita
sedih dan gembira dan apa saja
walaupun kita bukan teman yang rapat
tapi kita sentiasa ada di sisi masing-masing
tapi sekarang kita tidak lagi
dan aku tahu kamu membaca tulisan ku ini
walaupun pada zahirnya kamu tidak mahu
jadi ingatlah saat saat kita menjadi kawan dahulu
sedih dan gembira dikongsi bersama
maafkan lah aku sekali lagi
kita cuba lari dari kenyataan
tapi kita tidak sedar akan realiti
cukup sudah aku kehilangan
aku harap kita tidak pernah berkawan
tetap menjadi asing
aku juga berharap
yang aku bangun suatu pagi
dan aku tidak lagi ada memori
dan aku tidak perlu lagi risau tentang apa apa
hanya bebas untuk terbang
aku,
banyak melukai hati lain
dan hati ini juga telah banyak dilukai
oleh insan insan yang aku tidak salahkan
kerana aku juga yang mencari
tapi aku tahu
tuhan juga yang menentukan
hidup, kawan, jodoh dan mati
sekeras mana kita cuba untuk mati
tapi jika bukan waktunya, kita tidak akan mati
dan sekeras mana kita cuba mendapatkan seseorang
jika bukan mereka yang ditakdirkan
kita juga tahu jawapan
aku tidak pernah memiliki kekasih
mereka datang dan pergi
seperti malam berganti siang
tidak pernah mereka singgah dan berhenti
dan apa bila mereka berhenti sekejap
Tuhan telah menulis
yang aku bukan dengan mereka
mungkin,
tuhan menghantar aku ke dunia ini
bukan untuk memilik kekasih
tapi untuk tujuan yang lain
aku hampir tiada apa apa
bonda juga telah pergi
ayahnda juga seperti tiada
hanya ada abang dan adik
yang masih mendaki mencari sesuatu
mungkin
mungkin
kerana apa yang aku mahu selama ini
melihat dunia lain di seberang sana
melakukan apa saja yang aku mahu
berjumpa dengan orang orang
tuhan telah memberi peluang itu
untuk melakukannya semua
dan selagi aku memiliki tubuh yang sihat
masih ada rezeki
aku bersyukur.
kerana ramai di luar sana yang saket
yang cacat yang tidak makan.
tidak pula mereka bersedih
dan mungkin
dengan tubuh yagn sihat ini
tuhan mahu aku menolong mereka
atau rakan rakan ku
atau keluarga ku.
sudah 23 tahun 5 bulan aku hidup
entah untuk berapa lama lagi
tapi jika ditakdirkan aku hanya hidup
untuk menulis ini kali terakhir
aku mahu lagi
meminta maaf sepenuh hati
maafkan lah diri ini
di bulan mulia ini.
dan lupakanlah aku sepenuhnya
teruskan hidup mu
dapatkan apa yang kamu mahu
dan mungkin akan kita ketemu suatu hari
aku bukan yang terbaik untukmu
kerana itu tuhan tentukan
aku juga tidak pernah terbaik buat sesiapa
selamat tinggal
ini adalah tulisan ku terakhir di laman ini
you're a great friend.
thank you.
im sorry.
bye

No comments: